diari ramadhanku

1:13 AM

"mai..mai..mai ke depan mai..tuu..yg dok kt belakang tu..mai mai ke depan..penuhkan saff-saff nie.."

seminit kemudian,


"laa...awat dok kat blkng lagi tuh..penuhkan saff yang kat depan ni..cepat-cepat..dah nak iqamat dah nie.."

selepas solat isya',

"tengok tu..awat yang lopong kt tempat tu tu..x de orang nak ke depan ka?kan dah putus saff dah tu..orang dah cakap suh depan tadi..aishh..ketegaq betoi.."

dialog-dialog inilah yang aku dengar saban malam..memang menjadi kebiasaan,pada bulan ramadhan kami sekeluarga akan berterawih di masjid..tapi disebabkan adik2 perempuan aku belum balik dari sekolah dan mak aku ade kelas tuisyen,terpaksa la aku pegi masjid sorang2 bersama ayah dan adik lelaki bongsuku..

masuk saja dari pintu yang tertera "tempat solat wanita",angin sejuk dari air-cond yang dipasang menyamankan tubuh..aku trus melangkah kaki ke saff yang berhampiran dengan rak buku..bukannya apa..senang aku nak letak quran yang aku bawak dari umah..kalo terus pegi dok depan,nanti susah pulak nak letak quran tu kan..dah la kt depan tu x de tempat nak letak barang..sejurus aku sampai di saff tersebut,aku terus menunaikan kewajipanku sebagai seorang hamba Allah..

pabila iqamat dari bilal kedengaran,aku trus melangkah kakiku kehadapan..memenuhi mana-mana tempat yang kosong..still,dialog2 seperti di atas kedengaran lagi..telingaku sudah hilang sejuk..mula men"generate" tenaga untuk membekalkan haba secara perlahan-lahan..kurasakan telingaku semakin panas..tetapi aku menasihati diri supaya bersangka baik dengan orang..kan ber"husnuzon" itu penting demi menjamin kemakmuran umat..

namun,dalam perasaanku untuk menyemai sifat husnuzon ini,aku seakan-akan diuji dengan sifat suuzon..yakni bersangka buruk terhadap orang laen..astaghfirullah3..berkali-kali aku beristighfar untuk memadamkan sifat suuzon ini..

wokey,aku paham perasaan orang yang sentiasa mengajak muslimat supaya solat di saff yang hadapan..ajak supaya rapat-rapatkan saff..aku kagum dengan kebaikan beliau mengajak makmum-makmum ke arah kebaikan..aku juga ingin berterima kasih kepada beliau atas teguran dan ajakan beliau itu..kerana aku tau,aku tidak mampu untuk mengeluarkan kata-kata nasihat seperti itu kepada muslimat-muslimat yang hadir..

namun..hmm..susah untuk aku menyusun perasaan ini dalam bentuk kata-kata..susah untuk aku menzahirkan perasaanku ini tanpa melahirkan salah faham kepada pembaca-pembaca entry ini..diharap korang x salah faham dengan ape yang aku nak cakap nie..wuaaa..takutnye..

bayangkan..korang baru abis solat..solat di saff yang pertama..tetiba orang disebelah korang mengeluarkan suara yang agak kuat,menyuruh orang yang ada kat saf belakang tu mara ke depan..bukannya sekali due..banyak kali pulak tuh..apakah perasaan korang selaku orang yang duduk disebelahnya?ketika itu korang ingin focus kepada Yang Esa,tetiba ade sesuatu yang mengganggu concerntration korang..maaf kalo kata-kata di atas mengguris perasaan sesiapa..atau ade yang berannggapan tidak patut aku berperasaan sebegitu terhadapnya..sejujurnya,ikhlas dari hati..bukan itu maksudku sebenarnya seperti apa yang korang fikirkan..fikiranku cuma satu..tidak ada cara laenkah untuk menegur orang?tidak bolehkan menegur tanpa mengganggu orang sekeliling?..dalam islam telah digarisakan cara-cara berhemah untuk menasihati orang..
SALAHKAH AKU BERFIKIRAN SEDEMIKAN?

pada satu malam..sementara menuggu azan isya' berkumandang,aku bacalah al-quran di port favourite aku..iaitu dekat rak buku..aku suke duduk situ sementara menunggu azan..slps azan, aku solat sunat sebelum isya'..selepas tu,aku sempat membelek buku RS(riyadhus solihin) yang tersedia kat rak buku tu..ketika aku sedang asyik membaca,makcik yang berasa di sebelahku menegurku supaya pergi ke hadapan..aku cuma tersenyum kepadanya.."memang saya nak pegi depan pon nanti makcik",hatiku berbisik sendiri..tetapi aku pelik..mengapakah makcik itu menyuruhku pergi ke depan sedangkan beliau sendiri mampu untuk bangun pergi ke hadapan?adakah disebabkan beliau sudah menghampar sejadah di saff itu dan merasa susah untuknya berpindah tempat?namun soalan-soalan pelik itu aku tepis dengan jawapan-jawapan yang aku anggap rasional.."mungkin,makcik ni sakit kaki kot..x larat nak jalan.." tidak pon,jawapan yang agak kelakar,"mungkin makcik ni nak kasi can kat aku dapat pahala lebeh kot"..hehe..begitulah jawapan-jawapan yang aku olah supaya terjawabnye persoalan-persoalan pelikku itu..waduh2..gawat ni dong..mintak ampun pak..
SALAHKAH AKU BERFIKIRAN SEDEMIKIAN?

ada satu fenomena yang sering berlaku di masjid yang sudah lama aku perasan..fenomena di mana apabila ahli-ahli keluarga bersembahyang di masjid..kalo bole dalam satu saff tu mesti kene ade mak,kak long,kak ngah,kak chik,adik,nenek,mak sedara dan  sepupu sepapat yang laen..mesti kene duduk dalam satu baris..x bole kalo berpisah..fenomena ini dianggap menjadi satu punca kepada masalah untuk memenuhkan saff-saff di hadapan..mungkin mende ini dianggap remeh bagi sesetengah pihak..namun perkara remeh inilah yang akan menjadi punca utama kepada masalah-masalah sebegini..masjid tu kan rumah allah..allah akan pelihara sesiapa sahaja yang berada di dalamnya..insyaallah x kan hilangnya ahli keluarga kita meskipon kita terpisah dalam masjid tu..lepas solat bole jumpe balik kan..balik la umah sama-sama..
SALAHKAH AKU BERFIKIRAN SEDEMIKIAN?


satu lagi fenomena yang ingin aku utarakan..iaitu anjuran untuk merapat-rapatkan saff..kebanyakan dari kita hanya faham untuk memenuhkan saff-saff..tetapi fahamkah kite apa maksud memenuhkan saff itu?fahamkah kita yang memenuhkan saff itu samalah juga kita merapatkan antara satu sama lain,bahu ke bahu sampai tidak ruang untuk syaitan mencelah di antara kita..sampai tidak ruang lagi untuk kite penuhkan..namun situasi-situasi sebegini jarang berlaku disebabkan kita salah faham dengan maksud "penuhkan saff" itu..penuh memang la penuh tapi berlubang..betolkah cara kita itu?sesetengah orang berpendapat untuk mencari sedikit "space" supaya dirinya selesa untuk beribadat..supaya dirinya kusyuk dalam solat..x payah nak berhimpit-himpit dengan orang..kalo nak tahiyat akhir nanti x de la duduk atas kaki orang...namun,ingatlah dan berfikirlah..kenapa allah suruh kita rapat-rapatkan saff?banyak kebaikannya di situ sebenarnya yang kita tidak tahu..google la sendiri kalo nak tahu lebih lanjut..panjang kalo nak suruh aku cerita ni..
SALAHKAH AKU BERFIKIRAN SEDEMIKIAN?


aku tidak salahkan mereka..aku juga tidak salahkan sesiapa..aku cuma salahkan diri aku sendiri..masih ramai lagi umat islam yang masih jahil dalam agamanya sendiri..termasuklah aku..banyak lagi yang perlu aku tahu mengenai islam ini..majoriti daripada kita hanya meletakkan islam itu sebagai satu agama..bukannya sebagai satu cara hidup..jika kita meletakkan islam itu sebagai life style kita,pasti masalah-masalah ini tidak akan wujud lagi..dan perumpamaan "islam hanya sekadar di ic" tidak akan muncul lagi dalam kamus hidup kita..aku juga manusia lemah..pernah melalui masa kelabuku..pernah beranggapan "islam hanyalah sekadar agama"..namun,manusia perlukan perubahan..perubahan dari jahat ke baik dan dari baik kepada yang lebih baik..begitulah kitaran hidup manusia..tetapi sikap manusia yang tidak sukakan perubahan menghalang proses-proses pembaikan diri ini..itulah sebenarnya "chocker" yang perlu kita hapuskan untuk menjadi insan yang lebih mengerti makna ISLAM itu sedalam-dalamnya..aku juga masih memerlukan perubahan..masih dalam proses pembelajaran..maafkan aku sekiranya fikiran-fikiran aku ini tidak serasi dengan buah fikiran anda semua..aku hanya ingin berkongsi fikiran ini bersama kalian..afwan sekali lagi..

itulah serba sedikit diari ramadhanku pada tahun ini..

SALAHKAH AKU BERFIKIRAN SEDEMIKIAN?




p/s:skang tgh baca TDMHE (travelog dakwah meniti hari esok)..awesome!!bacelah kawan-ku sekalian

You Might Also Like

0 comments