kembara mencari realiti

3:34 AM

ahlan wa sahlan marhaban..

ahlan wa sahlan Ya Ramadhan..

"wahai orang-orang beriman,diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."
[2:183]


aku bersyukur kerana diberi peluang sekali lagi untuk bertemu dgnmu ya ramadhan..alhamdulillah,setelah setahun kita berpisah akhirnya kau menjengah kembali dalam kamus hidupku..kau amat berharga buat insan2 yang mendambakan keberkatan,kemuliaan,keampunan..seperti diriku ini..

aku sedar...
diriku tidaklah sebaik dan semulia siti khadijah,yang sentiase bersama-sama rasulullah sama ada ketika dalam senang dan ketika pahit getir menimpa..

aku tahu..
diriku ini tidaklah sekuat sumayyah,ibu ammar b yasir yang sanggup mempertahankan nikmat islamnya walaupon ditusuk tombak oleh abu jahal..akhirnya engkau menjadi wanita pertama yang syahid..alangkah kuatnya dirimu sumayyah..

aku mengerti..
diriku juga tidak setabah zinnirah,hamba sahaya yang sabar dan tabah menghadapi segala seksaan walaupun matanya ditusuk besi panas..namun dirimu tetap teguh mempertahankan akidahmu ya zinnirah..

dan akhirnya aku tersentak..
tersentak dari lamunan yang panjang..
aku seharusnya menuai semangat diri..
bukan hanya sekadar membajak keluhan..
aku perlu menjadi orang yang 
sebaik khadijah,
sekuat sumayyah, 
dan
 setabah zinnirah..

semoga cahaya ramadhan ini memberi sinar gemerlapan dalam hidupku..
memberi kilauan kekuatan kepadaku...
memberi cinta yang sebenar-benar cinta..

 رَبَّنَآ إِنَّكَ جَامِعُ ٱلنَّاسِ لِيَوۡمٍ۬ لَّا رَيۡبَ فِيهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُخۡلِفُ ٱلۡمِيعَادَ 

"ya allah,janganlah kau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah engkau berikan petunjuk kepada kami,dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisimu,sesungguhnya engkau maha pemberi."
[3:8]


diri ini perlu kuat..
hati ini perlu tabah..
itulah pengembaraanku..
KEMBARA MENCARI REALITI..





hidup ini hanya sekali..kembaralah anda di bumi ini dengan sebaik-nya sebelum memulakan pengembaraan di alam yang lebih mencabar yakni di akhirat kelak..
jom kembara mencari realiti~


You Might Also Like

3 comments