eh eh dah raye?

1:04 AM

bismillah..

TAKABBALALLAHU MINNA WA MINKUM

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

bersyukur ke atas nikmat kurniaan Allah yang masih memberi ruang udara kepada hamba ini untuk bernafas di hari raya,hari yang mulia ini..

masih belum terlambat lagi untuk saye mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA" kepada kalian semua..mohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran kata-kata atau perbuatan saye selama ini terhadap anda semua..semoga Allah menerima amalan kita semua di bulan ramadhan yang sudah berlalu ini..takabbalallahu wa minkum..

semoga dengan kehadiran aidilfitri ini tidak memutuskan segala amalan-amalan yang pernah dilakukan ketika di bulan ramadhan lalu..hari raya bukan bererti hari kemenangan sekiranya umat islam tewas di pagi raya..tewas kerana ditipu oleh syaitan-syaitan yang sudah terlepas dari rantaian-rantaian besi..jika begitu,hari raya bukanlah hari kemenangan umat islam sebaliknya hari ke"BANGKIT"an syaitan-syaitan durjana yang berkomplot dengan hawa nafsu untuk menumbangkan kita.

hari pertama di bulan syawal sudah semakin jauh..hari kedua pula menyusul..begitulah seterusnya..saya juga sudah kembali ke rumah sendiri setelah pulang ke kampung semalam..oleh kerana rumah dan kampung hanya memakan masa selama lebih kurang 30~40 minit sahaja,ia tidak menjadi masalah kepada kami untuk balik ke kampung..insyalllah mungkin sehari dua beraya di sini dan selepas itu kami pulang semula ke kampung..

di kampung,bunyi-bunyi mercun masih lagi kuat kedengaran..itulah indahnya beraya di kampung..sekiranya beraya di rumah kami,sudah tentu kami akan bermain mercun dalam keadaan berjaga-jaga..takut-takut ada polis mahu "beraya" di rumah kami tanpa diundang..saya hanya melihat dari jendela rumah tok "bapak-bapak budak" sedang bermain mercun dan bunga api..dunia terbalik sedikit nampaknya di situ..haha..anak-anak hanya melihat bapak-bapak mereka seronok membakar bunga api yang akan mekar mengembang di udara selepas sumbunya terkena api..indahnya beraya di kampung..

keesokan harinya,di pagi raya,hujan masih membasahi bumi..turun tidak henti-henti sepangjang malam..hujan rahmat barangkali..namun,sungguh ajaibnya kuasa Allah..ianya berhenti ketika kami ingin ke surau bersembahyang sunat aidilfitri..perkara ini bukannya kali ini saja berlaku malah sudah beberapa kali..sungguh luar biasa kuasa Allah ini..

subhanallah!!

raya-raya jugak,tetapi kita jangan lupa pada yang SATU,,Dialah yang menjadikan segala-galanya,,

Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang masa.“
Hadis riwayat Imam Muslim.

majoriti di kalangan masyarakat islam di negara ini menggelarkan "puasa enam" sebagai ringkasan untuk berpuasa sunat selama enam hari di bulan syawal...istilah "PUASA ENAM" itu sebenarnya tidak wujud sama sekali..namun,sekiranya kita memahami apakah maksud "puasa enam" itu,ia tidak akan menjadi satu masalah..

sedikit sebanyak coretan di hari pertama bulan syawal..selamat berhari raya di kampung halaman masing-masing...jemputlah datang ke rumah saya yek!!

wassalammmm...


You Might Also Like

0 comments