pagi tadi dalam pkl 11,saye keluar la membawa diri seorang diri mencari barang2 yg perlu diisikan dlm bagasi utk dbawa balik ke negara keduaku...nampaknye cuace baik..x panas dan x hujan..seronoknye kuar shopping cuace gini...sye drive pegi bandar sitiawan utk mencari barang2..adelah dlm 10~15minit dari seri mnjung..
sedang mata tgh melilau2 mncari kedai2 yg best utk di"usya"ri,mate terpaku kat satu kedai kain.."wah,mcm ade jual tudung yg aku nak la..ni kene masuk ni kedai ni.."..sebenarnye,skang susah betul nak mencari tudung segi empat...puas dah satu bandar seri manjung tu mencari,tp x de yg berkenan..maklumlah,sye ni cerewet sikit kalo bab2 nie..stok pon sikit je..byk je kedai yg jual tudung,tp sumenye pakat jual tudung yg awning keras tu..huhuiii..x tau la name betoi die ape tp sye dok panggil tudung awning keras..haha..
memang lagu tu la kan..dulu time trend orang pakai tudung bawal,sume kedai nak jual tudung bawal,sume orang nak pakai tudung bawal..skang ni,trend tudung awning keras n selendang..siap ade sanggul tiruan lagi tu..x bole bla betoi..kalo saye skang ni masih seperti yang dulu la kan,kompem pakai jugak tudung mcm tu..ikut trend la katekan..tp,alhamdulillah..skang nie dah x suke ikut trend dah..main pakai je mane yang ade..hahaha...
bagi saye,ikut trend tidak menjadi satu masalah jika kite pandai menilai trend2 tersebut..jangan sampai trend yang kite ikuti itu bercanggah dengan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah..undang-undang Allah adalah undang-undang yang syumul,yang adil dan tidak ada keraguan atau pindaan oleh sesiapapun..tidak salah jika kita suke memakai tudung awning keras atau selendang,tapi biarlah ia selari dengan syarat-syarat Allah yang telah digariskan dalam al-quran..
“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan jangan kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.”
(an-Nur: 31)
memang susah untuk menukar cara pemakaian kita..lagi susah untuk menukarkannya dari yang tidak elok kepada yang elok..tetapi amat mudah untuk kita berubah dari yang molek kepada yang x molek..senang sungguh syaitan menghasut kita kan..memang susah untuk mencari perubahan yang positif..saye sndiri pernah mengalaminya..sukar..sungguh sukar..sukar kerana perkara yang hendak kita ubah itu adalah tabiat yang selalu kita lakukan..untuk menempuh sesuatu yang baru memang sulit..
Hujah perempuan: Tudung? Belum lagi kotttt...Biarlah masa yang menentukan.
Hujah Al Quran: Demi masa…Sesungguhnya manusia kerugian , melainkan yang beriman dan beramal saleh
Hujah perempuan: Belum sampai seru lagi!
Hujah Al Quran: "Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (ini seruan Pencipta kita)
Hujah perempuan: Hati belum terbuka...
Hujah Al Quran:"Kemudian hati kamu menjadi keras setelah itu, dan menjadi seperti batu, atau lebih keras, kerana ada antara batu yang sungai-sungai memancar daripadanya, dan yang lain terpecah supaya air keluar daripadanya, dan yang lain terjatuh dalam ketakutan kepada Allah. Dan Allah tidak lalai daripada apa yang kamu buat."
Hujah penggulungan: Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
begitulah ceritanya..
sambung balik..sye masuk kedai tu,then trus beli..sehelai je pon yang berkenan..lagi pon x byk pilihan..menyesal plk pegi kl aritu x nak borong byk2 kt msjid india..huhu..x pela..sehelai pon rezki kan..alhamdulillah..lps tu drive lg g farmasi..parking kt dpn kedai tu..sepatutnye kene letak parking coupon tp selambe badak je sye x letak..dah la dekat situ kawasan favorite kene saman..haha..then,lepas membeli ubat-ubatan d farmasi,sye pon keluar la menuju ke kereta..time nak seberang jalan tu,tetibe ade seorang mamat motor ni dok usya2 kete yg sye bwk tu..rupenye mamat ni budak yang bertugas tok saman orang rupenye..sye trus cepat2 lintas jln n trus pegi kt kerete..die tgk sye..sye tgk die balik dengan muke yang x bersalah..hihihi..then sye cakap kat die "terima kasih"..mungkin sebab time tu nak cakap terima kasih sebab x saman saye..then,die senyum n trus pegi ke mangsa seterusnye..sye pulak dok senyum sorang2 kat dalam kete..bukannye ape..lawak sebab cakap terima kasih kat die..bukannye nak cakap mintak maaf ke sorry ke sebab dah langgar peraturan..hahaha....lawak betoi la..selamat x kene saman..kalo x melayang 10 ringgit aku...fuhhh...ini pon satu trend zaman sekarang..ingat lagi dulu2 parking x payah letak kupon pon..skang dah kene letak..sume bende kene bayar..huhu..
lepas merayau2 di sitiawan,sye pulang ke seri manjung utk mencari destinasi seterusnya..time tu hujan lebat bukan maen..terpaksa la cari parking yang dekat dgn entrance nak masuk "billion" tu..billion tu mcm supermarket..orang dulu2 kate emporium..kat sini x de mid valley ke times square..yg ade tu je la..billion,giant,the store..bukan carrefour tapi tesco baru nak bukak..still in construction..lepas dah tawaf due kali,baru dapat jumpe parking yang kosong..trus parked kete..kuar dari kete baru teringat x letak parking coupon..sebagai langkah berjage-jage,sye pegi la jugak beli kuponnye n letak dlm kete..walaupun x kene saman tadi..tapi mane tau yang tadi tu Allah just nak bagi amaran supaye lepas ni kalo park kete kene letak kupon..kalo x nnt,kenelah akibatnye..
same je dalam dunia ni..Allah dah bagi banyak sangat amaran dan peringatan dalam Al-quran tu,tp still ade jugak yang x nak ikut..Allah suruh kita habluminallah wa habbluminnas,Allah suruh kita berbuat baik kepada orang tua,Allah beri amaran kepada kita supaya jangan merosakan nikmat2 alam,Allah beri amaran supaya jangan meninggalkan solat dan puase..macam-macam lagi..kenape umat islam kini termasuklah diri ini tidak sedar bahawa "trend Allah" itulah adelah yang sebaik-baiknya?ade trend lainkah yang lebih hebat lebih popular selain trend yang diciptakan Allah ini??masyaallah..sesungguhnya inilah trend yang telah digunapakai oleh Rasulullah dan para sahabat..trend inilah yang menjadi kejayaan umat islam suatu ketika dahulu..dan jika kita mengikutinya,ustaziyatul alam itu pasti akan kembali...
"Sesiapa yang dapat menahan marah dan boleh menghilangknnnya, di hari kiamat kelak Allah memberi keutamaan dari makhluk-makhluk lain untuk memilih pintu syurga yang dia mahu."
-riwayat tarmizi-
*bukan sedang marah tetapi hanya sekadar sesaat dua tazkirah di malam keempat syawal \/(^^)\/
bersyukur ke atas nikmat kurniaan Allah yang masih memberi ruang udara kepada hamba ini untuk bernafas di hari raya,hari yang mulia ini..
masih belum terlambat lagi untuk saye mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA"kepada kalian semua..mohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran kata-kata atau perbuatan saye selama ini terhadap anda semua..semoga Allah menerima amalan kita semua di bulan ramadhan yang sudah berlalu ini..takabbalallahu wa minkum..
semoga dengan kehadiran aidilfitri ini tidak memutuskan segala amalan-amalan yang pernah dilakukan ketika di bulan ramadhan lalu..hari raya bukan bererti hari kemenangan sekiranya umat islam tewas di pagi raya..tewas kerana ditipu oleh syaitan-syaitan yang sudah terlepas dari rantaian-rantaian besi..jika begitu,hari raya bukanlah hari kemenangan umat islam sebaliknya hari ke"BANGKIT"an syaitan-syaitan durjana yang berkomplot dengan hawa nafsu untuk menumbangkan kita.
hari pertama di bulan syawal sudah semakin jauh..hari kedua pula menyusul..begitulah seterusnya..saya juga sudah kembali ke rumah sendiri setelah pulang ke kampung semalam..oleh kerana rumah dan kampung hanya memakan masa selama lebih kurang 30~40 minit sahaja,ia tidak menjadi masalah kepada kami untuk balik ke kampung..insyalllah mungkin sehari dua beraya di sini dan selepas itu kami pulang semula ke kampung..
di kampung,bunyi-bunyi mercun masih lagi kuat kedengaran..itulah indahnya beraya di kampung..sekiranya beraya di rumah kami,sudah tentu kami akan bermain mercun dalam keadaan berjaga-jaga..takut-takut ada polis mahu "beraya" di rumah kami tanpa diundang..saya hanya melihat dari jendela rumah tok "bapak-bapak budak" sedang bermain mercun dan bunga api..dunia terbalik sedikit nampaknya di situ..haha..anak-anak hanya melihat bapak-bapak mereka seronok membakar bunga api yang akan mekar mengembang di udara selepas sumbunya terkena api..indahnya beraya di kampung..
keesokan harinya,di pagi raya,hujan masih membasahi bumi..turun tidak henti-henti sepangjang malam..hujan rahmat barangkali..namun,sungguh ajaibnya kuasa Allah..ianya berhenti ketika kami ingin ke surau bersembahyang sunat aidilfitri..perkara ini bukannya kali ini saja berlaku malah sudah beberapa kali..sungguh luar biasa kuasa Allah ini..
subhanallah!!
raya-raya jugak,tetapi kita jangan lupa pada yang SATU,,Dialah yang menjadikan segala-galanya,,
Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang masa.“
Hadis riwayat Imam Muslim.
majoriti di kalangan masyarakat islam di negara ini menggelarkan "puasa enam" sebagai ringkasan untuk berpuasa sunat selama enam hari di bulan syawal...istilah "PUASA ENAM" itu sebenarnya tidak wujud sama sekali..namun,sekiranya kita memahami apakah maksud "puasa enam" itu,ia tidak akan menjadi satu masalah..
sedikit sebanyak coretan di hari pertama bulan syawal..selamat berhari raya di kampung halaman masing-masing...jemputlah datang ke rumah saya yek!!
"mai..mai..mai ke depan mai..tuu..yg dok kt belakang tu..mai mai ke depan..penuhkan saff-saff nie.."
seminit kemudian,
"laa...awat dok kat blkng lagi tuh..penuhkan saff yang kat depan ni..cepat-cepat..dah nak iqamat dah nie.."
selepas solat isya',
"tengok tu..awat yang lopong kt tempat tu tu..x de orang nak ke depan ka?kan dah putus saff dah tu..orang dah cakap suh depan tadi..aishh..ketegaq betoi.."
dialog-dialog inilah yang aku dengar saban malam..memang menjadi kebiasaan,pada bulan ramadhan kami sekeluarga akan berterawih di masjid..tapi disebabkan adik2 perempuan aku belum balik dari sekolah dan mak aku ade kelas tuisyen,terpaksa la aku pegi masjid sorang2 bersama ayah dan adik lelaki bongsuku..
masuk saja dari pintu yang tertera "tempat solat wanita",angin sejuk dari air-cond yang dipasang menyamankan tubuh..aku trus melangkah kaki ke saff yang berhampiran dengan rak buku..bukannya apa..senang aku nak letak quran yang aku bawak dari umah..kalo terus pegi dok depan,nanti susah pulak nak letak quran tu kan..dah la kt depan tu x de tempat nak letak barang..sejurus aku sampai di saff tersebut,aku terus menunaikan kewajipanku sebagai seorang hamba Allah..
pabila iqamat dari bilal kedengaran,aku trus melangkah kakiku kehadapan..memenuhi mana-mana tempat yang kosong..still,dialog2 seperti di atas kedengaran lagi..telingaku sudah hilang sejuk..mula men"generate" tenaga untuk membekalkan haba secara perlahan-lahan..kurasakan telingaku semakin panas..tetapi aku menasihati diri supaya bersangka baik dengan orang..kan ber"husnuzon" itu penting demi menjamin kemakmuran umat..
namun,dalam perasaanku untuk menyemai sifat husnuzon ini,aku seakan-akan diuji dengan sifat suuzon..yakni bersangka buruk terhadap orang laen..astaghfirullah3..berkali-kali aku beristighfar untuk memadamkan sifat suuzon ini..
wokey,aku paham perasaan orang yang sentiasa mengajak muslimat supaya solat di saff yang hadapan..ajak supaya rapat-rapatkan saff..aku kagum dengan kebaikan beliau mengajak makmum-makmum ke arah kebaikan..aku juga ingin berterima kasih kepada beliau atas teguran dan ajakan beliau itu..kerana aku tau,aku tidak mampu untuk mengeluarkan kata-kata nasihat seperti itu kepada muslimat-muslimat yang hadir..
namun..hmm..susah untuk aku menyusun perasaan ini dalam bentuk kata-kata..susah untuk aku menzahirkan perasaanku ini tanpa melahirkan salah faham kepada pembaca-pembaca entry ini..diharap korang x salah faham dengan ape yang aku nak cakap nie..wuaaa..takutnye..
bayangkan..korang baru abis solat..solat di saff yang pertama..tetiba orang disebelah korang mengeluarkan suara yang agak kuat,menyuruh orang yang ada kat saf belakang tu mara ke depan..bukannya sekali due..banyak kali pulak tuh..apakah perasaan korang selaku orang yang duduk disebelahnya?ketika itu korang ingin focus kepada Yang Esa,tetiba ade sesuatu yang mengganggu concerntration korang..maaf kalo kata-kata di atas mengguris perasaan sesiapa..atau ade yang berannggapan tidak patut aku berperasaan sebegitu terhadapnya..sejujurnya,ikhlas dari hati..bukan itu maksudku sebenarnya seperti apa yang korang fikirkan..fikiranku cuma satu..tidak ada cara laenkah untuk menegur orang?tidak bolehkan menegur tanpa mengganggu orang sekeliling?..dalam islam telah digarisakan cara-cara berhemah untuk menasihati orang.. SALAHKAH AKU BERFIKIRAN SEDEMIKAN?
pada satu malam..sementara menuggu azan isya' berkumandang,aku bacalah al-quran di port favourite aku..iaitu dekat rak buku..aku suke duduk situ sementara menunggu azan..slps azan, aku solat sunat sebelum isya'..selepas tu,aku sempat membelek buku RS(riyadhus solihin) yang tersedia kat rak buku tu..ketika aku sedang asyik membaca,makcik yang berasa di sebelahku menegurku supaya pergi ke hadapan..aku cuma tersenyum kepadanya.."memang saya nak pegi depan pon nanti makcik",hatiku berbisik sendiri..tetapi aku pelik..mengapakah makcik itu menyuruhku pergi ke depan sedangkan beliau sendiri mampu untuk bangun pergi ke hadapan?adakah disebabkan beliau sudah menghampar sejadah di saff itu dan merasa susah untuknya berpindah tempat?namun soalan-soalan pelik itu aku tepis dengan jawapan-jawapan yang aku anggap rasional.."mungkin,makcik ni sakit kaki kot..x larat nak jalan.." tidak pon,jawapan yang agak kelakar,"mungkin makcik ni nak kasi can kat aku dapat pahala lebeh kot"..hehe..begitulah jawapan-jawapan yang aku olah supaya terjawabnye persoalan-persoalan pelikku itu..waduh2..gawat ni dong..mintak ampun pak.. SALAHKAH AKU BERFIKIRAN SEDEMIKIAN?
ada satu fenomena yang sering berlaku di masjid yang sudah lama aku perasan..fenomena di mana apabila ahli-ahli keluarga bersembahyang di masjid..kalo bole dalam satu saff tu mesti kene ade mak,kak long,kak ngah,kak chik,adik,nenek,mak sedara dan sepupu sepapat yang laen..mesti kene duduk dalam satu baris..x bole kalo berpisah..fenomena ini dianggap menjadi satu punca kepada masalah untuk memenuhkan saff-saff di hadapan..mungkin mende ini dianggap remeh bagi sesetengah pihak..namun perkara remeh inilah yang akan menjadi punca utama kepada masalah-masalah sebegini..masjid tu kan rumah allah..allah akan pelihara sesiapa sahaja yang berada di dalamnya..insyaallah x kan hilangnya ahli keluarga kita meskipon kita terpisah dalam masjid tu..lepas solat bole jumpe balik kan..balik la umah sama-sama.. SALAHKAH AKU BERFIKIRAN SEDEMIKIAN?
satu lagi fenomena yang ingin aku utarakan..iaitu anjuran untuk merapat-rapatkan saff..kebanyakan dari kita hanya faham untuk memenuhkan saff-saff..tetapi fahamkah kite apa maksud memenuhkan saff itu?fahamkah kita yang memenuhkan saff itu samalah juga kita merapatkan antara satu sama lain,bahu ke bahu sampai tidak ruang untuk syaitan mencelah di antara kita..sampai tidak ruang lagi untuk kite penuhkan..namun situasi-situasi sebegini jarang berlaku disebabkan kita salah faham dengan maksud "penuhkan saff" itu..penuh memang la penuh tapi berlubang..betolkah cara kita itu?sesetengah orang berpendapat untuk mencari sedikit "space" supaya dirinya selesa untuk beribadat..supaya dirinya kusyuk dalam solat..x payah nak berhimpit-himpit dengan orang..kalo nak tahiyat akhir nanti x de la duduk atas kaki orang...namun,ingatlah dan berfikirlah..kenapa allah suruh kita rapat-rapatkan saff?banyak kebaikannya di situ sebenarnya yang kita tidak tahu..google la sendiri kalo nak tahu lebih lanjut..panjang kalo nak suruh aku cerita ni.. SALAHKAH AKU BERFIKIRAN SEDEMIKIAN?
aku tidak salahkan mereka..aku juga tidak salahkan sesiapa..aku cuma salahkan diri aku sendiri..masih ramai lagi umat islam yang masih jahil dalam agamanya sendiri..termasuklah aku..banyak lagi yang perlu aku tahu mengenai islam ini..majoriti daripada kita hanya meletakkan islam itu sebagai satu agama..bukannya sebagai satu cara hidup..jika kita meletakkan islam itu sebagai life style kita,pasti masalah-masalah ini tidak akan wujud lagi..dan perumpamaan "islam hanya sekadar di ic" tidak akan muncul lagi dalam kamus hidup kita..aku juga manusia lemah..pernah melalui masa kelabuku..pernah beranggapan "islam hanyalah sekadar agama"..namun,manusia perlukan perubahan..perubahan dari jahat ke baik dan dari baik kepada yang lebih baik..begitulah kitaran hidup manusia..tetapi sikap manusia yang tidak sukakan perubahan menghalang proses-proses pembaikan diri ini..itulah sebenarnya "chocker" yang perlu kita hapuskan untuk menjadi insan yang lebih mengerti makna ISLAM itu sedalam-dalamnya..aku juga masih memerlukan perubahan..masih dalam proses pembelajaran..maafkan aku sekiranya fikiran-fikiran aku ini tidak serasi dengan buah fikiran anda semua..aku hanya ingin berkongsi fikiran ini bersama kalian..afwan sekali lagi..
itulah serba sedikit diari ramadhanku pada tahun ini..