rindukan suasana itu : take 1

3:30 PM

alhamdulillah...Allah izinkan jari-jemari ini untuk menekan papan kekunci di lappy untuk ber"sharing" serba sedikit pengalaman yang diperolehi sepanjang pengembaraan hamba..


 TOKYO ---> MOSCOW ---> LONDON ---> LEEDS --->BIRMINGHAM ---> DUBLIN

syukur alhamdulillah...semuanye selamat sampai ke tempat masing2 dan maybe sedang berada di kelas sebab dah stat kelas kan..hamba x start kelas lagi..jangan jeles tapi bersyukurlah sebab start kelas awal...huhu..banyak sangat cuti ni x elok sebenarnye...adeyy...

hmm...bermula dengan langkah dan hati yang berat..namun digagahkan juga diri ini untuk mengembara..at first memang seronok sbb dapat g UK EIRE..jauh tu..tapi seronok itu lame-lame beransur pudar bile memahami maksud "JALAN-JALAN" itu yang sebenarnya..jalan bukan sekadar jalan..jalan mencari apa yang ingin dicari..jalan mencari apa yang dihajati...semuanya bergantung pada niat individu..jikalau niatnya untuk berseronok dapatlah dia keseronokan itu dan jikalau niatnye untuk Allah maka dapatlah die seperti apa yang die mahukan...

"Sesungguhnya diterimanya amal perbuatan itu bergantung pada niatnya, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan apa yang ia niatkan. Barangsiapa berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya akan diterima sebagai hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, dan barangsiapa berhijrah kerana dunia yang akan dia peroleh atau wanita yang hendak dinikahinya, maka ia akan mendapati apa yang ia tuju."
(Hadith Satu)

jujur dan mengakui pada diri sendiri bahawasanya hamba pernah terfikir untuk menarik diri dari Jaulah ini..ya, memang pernah hamba mengatakan hasrat ini kepada naqibah hamba..Saban malam hamba memikirkan perkara ini..Saban malam jugalah hamba menangis akibat kecelaruan fikiran ini..dan akhirnya hamba mendapat jawapan yang bole meredakan sedikit jiwa ini..

 "u patutnya kene bersyukur sebab Allah pilih u tok join program nie..ramai lagi orang2 kat luar sana nak ikut tapi x dapat...sebabnya ape? sebabnye mereka tidak dipilih oleh Alah untuk mendapat peluang ini..dan Allah mengetahui segala yang diaturkanNya.."

"kalau u susah sangat nak fikir and tak tau nak niat ape untuk jaulah ni, u niatkan je untuk Allah dan Rasul..Insyaallah Allah akan terima niat u tu..ingat balik hadith niat tu.."

terima kasih kepada mereka2 yang menasihati diri hamba ini..dan hamba pegang sampai sekarang..huhu.. walaupun hati ini sedikit tenang namun cebisan-cebisan keresahan itu masih tidak hilang dari hati..aiyya.. berat sungguh rasa hati ini untuk melangkah ke Narita Airport..tapi sampai jugak akhirnya setelah perjalanan lebey kurang satu jam menaiki train dari Chiba..


sebelum menaiki flight, sesi kompas bermula..

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada."
(Al-Hajj, 22:46) 

perjalanan bermula dari narita dan akan transit di moscow menaiki flight Aeroflot SU576..here we go~
bismillahi tawakkaltu a'lallah..


berbekalkan passport dan yang utamanya niat di hati


merentasi benua Russia


malam menjauhi siang sentiasa menghampiri




alhamdulillah, setelah lebey kurang 10 jam perjalanan kami sampai ke Moscow..






setibanya di moscow, kami diuji dengan kesabaran..Ya Allah, betapa crowdednye time nak chek in kat counter tue..aduhh.. orang ramai maen redah suke hati je..x nampak line orang beratur langsung..selama ni duduk kat japan dah terdisiplin dengan cara japanese people beratur dengan teratur dan tertib..ni dah sampai kat negara orang  baru nampak perbezaannya..sungguh, manusia itu diciptakan berbeza-beza..kiteorang semua menahan kesabaran masing-masing..btol ke sabar ade had??ade limitnye??btol ke???hehe...semua itu tidak betol same skali..sabar mane ade limit dan ia infinity...slalu orang cakap "sabar-sabar jugak tapi sabar aku ni ade hadnya!" ..salahlah sebenarnya tu..ingat yek..

setelah berade lebey kurang 2 jam di situ,kami meneruskan kembali perjalanan menuju ke Heathrow,London selama lebey kurang 4 jam..



Alhamdulillah..sampai sudah...dah dekat tengah malam kot time nie rasenye..kompius dengan waktu tempatan..hehe..

kisah akan disambung untuk next entry..ponat dah jari ni menaip..huhhu..(0_o)

You Might Also Like

0 comments