hati dan perasaan

2:59 PM

sungguh sukar untuk menyelesaikan masalah apabila ia dikaitkan dengan hati dan perasaan...


hanya raut wajah yang sentiasa dimaniskan untuk menggembirakan hati semua orang..


ceria di luar namun luka di dalam..


itulah perasaan..itu jugalah sanubari hati...


memang begitu susah untuk menjaga hati semua orang..


mungkin ada yang tersinggung dengan kata-kata pedas yang dikeluarkan tanpa berfikir terlebih dahulu..


mungkin ada yang ketawa mendengar lawak jenaka kita..


mungkin ada yang buat-buat senyum dengan percakapan kita..


namun jauh di sudut hati tidak ada siapa yang tahu al-kisahnya..


hanya diri sendiri yang dapat menilai dan mengukur sejauh mana sakit dan riangnya ia..


ingatlah wahai diri..


lain manusia lain kesalahannya..


lain manusia lain kelemahannya..


sungguh indah ciptaan allah ini..


itulah manusia...


yakni mempunyai hati dan perasaan..


mungkin apa yang terjadi adalah kifarat yang perlu ditanggung atas segala kesalahan lampau..


barangkali kita pernah menghiris hati sesiapa tanpa kita sedari..


mungkin juga kita pernah melafazkan kata-kata tajam kepada mereka ketika diri dihambur kemarahan..


lumrah kejadian ini adalah pedoman yang perlu dikepilkan bersama ketika meniti hari-hari yang bakal disusuri..


jika perlu menangis..menangislah..


jika masih boleh bertahan..bertahanlah...


mintalah kepadaNya supaya diberikan kekuatan hati dan iman..


sungguh Allah sentiasa bersama kita...


bermuhasabahlah diri sentiasa..


kenangkanlah segala kesalahan zaman zilam..


maafkanlah mereka sebelum mata kita terpejam..


maafkanlah diri sendiri sebelum kita enak dibuai mimpi malam..


sesungguhnya besar ganjarannya disisiNya Yang Maha Pengampun..


wassalam~










You Might Also Like

1 comments