Give HELP, where it counts !
3:00 PM
Assalamualaikum wbt.
It has been a while since i wrote in this blog, right? Sorry for my disappearance ;)
And today i feel like i want to write. So, let's do it..
Pernah tak rasa lepas kita buat sesuatu like sedeqah, kita rasa seronok sangat? Sebab dapat bantu orang. Boleh bayangkan tak kalau kita selalu tolong orang? mesti akan rasa beronok-ronok kan. Ini apa yang saya rasa. Kalau awak semua tak rasa tu maknanya saya syok sendiri la tu. aihh..
SEDEQAH
"Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah." Tangan di atas adalah pemberi, tangan di bawah adalah penerima. Pilihan terletak di tangan masing- masing, mahu jadi pemberi atau penerima. Tapi rasulullah lagi suka dengan tangan yang di atas. Jadinya, paham-paham sendiri la ye.
Beberapa hari yang lepas, ada satu rancangan dekat tv yang kupas tentng isu sedeqah ni. Ustaz tu ceritakan satu cerita yang membuatkan diri ini malu sangat sebagai seorang yang bergelar Muslim. Cerita itu mengisahkan tentang seorang uncle yang bukan beragama islam datang ke pejabat agama islam negeri xxx untuk bayar zakat. Petugas di situ cakap kt uncle tu yang bayar zakat cuma orang islam sahaja. Tapi uncle tu insist jugak nak bayar sebab dia penah dengar bila seseorang itu bersedeqah, tuhan akan bagi lebih banyak rezeki kepadanya. Uncle ini sebenarnya tengah bankrap. Nak dipendekkan cerita, "zakat" yang uncle tu bagi diterima juga tetapi diletakkan di bawah duit untuk kebajikan awam. Tahun seterusnya, uncle tu datang lagi utuk bayar "zakat" tetapi dalam jumlah yang lagi banyak daripada tahun sebelumnya. Petugas pejabat agama tu tanya la kat uncle tu kenapa still nak bayar "zakat" lagi. Nak tahu tak apa uncle tu cakap. Dia cakap, "tahun lepas saya sedeqah sikit, tapi Tuhan sudah bagi untung. Tahun ini, saya mahu bagi lebih lagi supaya saya dapat untung lebih lagi."
Nampak tak apa natijahnya daripada cerita ini? Sedangkan orang non-muslim pon boleh beriman dengan ayat itu, kita sebagai orang Islam tak malu ke bila kita buat-buat tak tahu? Sedeqah merupakan salah satu cara untuk kita menjemput rezeki. Formula nak kaya senang je. Banyakkan sedeqah. No one has ever become poor from giving.
Banyak cara sebenarnya yang bola kita buat untuk sedeqah. The simplest one is SENYUM ;)
Kalau sedeqah berupa duit, barang atau keringat, ada beberapa cara yang bole kita sama-sama amalkan, insyaallah.
1) Gaji atau elaun yang dapat tiap-tiap bulan tu kita asingkan sikit untuk tujuan amal. Lagi bagus kalau kita dah favourite siap-siap account pertubuhan-pertubuhan yang boleh kita salurkan bantuan. Tinggal nak transfer je. Zaman sekarang kan dah modern. 1 sen pon bole transfer tau. So, no more excuses.
2) Duit belanja tiap-tiap bulan kita asingkan lagi sikit(seposen seminggu pon no hal). Buat satu tabung khas untuk sedeqah. Kalau tabung kahwin, vacation, maintenance kereta/motor, maintenance rumah, emergency bole buat, tak kan tabung sedeqah tak bole buat kan.
3) Pastikan setiap kali kita pegi masjid atau surau, sediakan duit untuk dimasukkan dalam tabung masjid. RM 1 pon ok.
5) Setiap kali lepas solat di surau,masjid,RnR, kalau tidak terkejar-kejar dengan masa, tolong lipatkan sejadah atau telekung walaupun bukan kita yang pakai. Lipat kemas-kemas dan susun kat tempat asal. Easy.
4) Pastikan setiap kali keluar rumah, make sure yang kita ada wang kecil dalam purse/wallet. Tak pon biskut/biskut/coklat/sweets/drinks. Boleh diberikan kepada peminta sedeqah,gelandangan yang ada kat kaki-kaki lima.
5) Jadi sukarelawan untuk tolong orang-orang susah atau gelandangan. Banyak sebenarnya persatuan-persatuan sukarelawan ni. Try cari kat facebook or google je. The latest one that i found is "Kindness Malaysia". Noobnya saya baru tahu club ni. Hehehe.
6) Do a lot of random act of kindness. Seronok sebenarnya buat sesuatua tanpa orang tahu pon. Kepuasan tu hanya orang yang buat sahaja yang tahu. I will talk about this one later, insyaallah.
7) Sedeqahkan pahala Al-Fatihah kepada kedua ibu bapa setiap kali lepas solat. Sedeqahkan juga kepada mereka pahala kita baca Al-Mulk tiap-tiap malam sebelum tidur dan Al-Kahfi setiap Jumaat. Semoga kita tergolong dalam kalangan anak-anak yang soleh, aminn.
8) Idea dah hilang.. So, bolehlah dipikirkan sendiri apa sahaja perbuatan yang boleh dikira sedeqah ;)
Saya nak bagitau ni. Saya hanyalah manusia biasa, bukan manusia yang tinggi ilmu agamanya. Jadinya, apa yang saya tulis adalah berdasarkan pengalaman dan pengamatan diri sebagai manusia biasa yang masih tak pernah cukup ilmunya. Saya pon mengaku bukan semua yang ada dalam list ni saya istiqamah buat. Tak istiqamah pon. But at least, i'll try to be a better person, insyaallah.
( source : google )
0 comments