terjahan memori

4:54 PM

- FATWA SERIKANDI -

seluas lautan riak seribu
pabila badai menghempas duka
tatkal suria terik memancar
dedaun gugur menyembah bumi

hanya hati sanubari
yang suci dan sejati
mengerti kuasa ilahi
mengerti kuasa ilahi

jumud tiada di minda
ikhlas dan luhur sentiasa
tabah dan sabar meniti hari
iman dan taqwa diadun sebati
menjalin ukhuwah orkestra harmoni
menjana ketulenan sahsiah insani
disirami restu ilahi
dihampari kasih ilahi

muslimin muslimat
mujahid mujahidah
lenturkanlah peribadi 
fatamorgana mengharap padamu
tiang seri negeri

ayuhlah generasiku
bangkitlah menjunjung bangsamu
menabur cita menabur jasa
pasti diredhai Allah
pasti dirahmati Allah

rasulullah sumber inspirasi
disirami restu ilahi 
materialistik bukan ukuran
realistik bukan pegangan
suadaya pengukur jati diri
impian dianyam menuju gemilang 
indah pekerti cerlangkan pertiwi

menjana ketulenen sahsiah insani
menjana ketulenan sahsiah insani
disirami restu ilahi
dihampari kasih ilahi

masih ingatkah lagi sahabat-sahabatku bait-bait lagu ini??mungkin ada yang sudah terlupa dan mungkin ada yang masih kuat ingatannya terhadap fatwa serikandi ini..begitulah manusia..mudah lupa..dan wajib bagi kita untuk mengingati antara satu sama lain..

masih lagi aku terkenang saat-saat kita menyanyikan lagu ini bersama-bersama di lecture hall..kurindukan suasana itu..inginku kembali pada zaman persekolahan dahulu..bersama teman-teman yang mengajarku banyak erti persahabatan..

namun..
jarum jam setiap saat dan setiap detik tidak pernah melupakan tanggungjawabnya..putarannya sedikitpun tidak akan berpatah balik ke waktu sebelumnya..masa semakin lame semakin menjauhi kita..dunia semakin lama semakin dimamah usia..begiu juga dengan kita..semakin hari semakin bertambahlah usia kita..semakin hari semakin banyak ranjau dan onak duri yang perlu ditempuhi..

ingatlah wahai diri..
usah menoleh kebelakang..
biarkan memori-memori itu terpahat di sanubarimu..
dengan harapan kamu akan berolah semangat darinya..

ingatlah wahai diri..
kuatkanlah dirimu dalaman dan luaran..
agar tegar menghadapi segala ancaman yang mendatang..

ingatlah sahabat-sahabatku..masa sentiasa mencemburui kita..abadikanlah kenangan-kenangan terindah itu di dalam hatimu..majulah kehadapan..bersama-sama kita menjana ketulenan sahsiah insani sebagaimana yang pernah kita lafazkan ketika menyanyikan lagu ini suatu ketika dahulu..semuga roh-roh kita berada di atas tali yang tidak akan putus..semoga persahabatan kita mendapat redha dariNya..

radhiallaha anhu waradhu anh..semoga allah redha dgn kita dan kita redha dgn allah..InsyaAllah..

(*mode rindu kengkawan* T_T)

You Might Also Like

4 comments